Ustaz Hassan Basri, Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor dalam ceramahnya Nizar Pembohong Bersiri.
Barangkali dalam kejadian yang memalukan dirinya, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin terlupa bahawa komen terbarunya ditujukan kepada individu atau personaliti yang tiada kaitan dalam dunia politik. Lazimnya sasaran kritikannya samada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ataupun Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Menjadi kelaziman baginya membuat pendedahan ataupun kritikan mengenai pelbagai konon-konon salah laku yang dibuat UMNO dan BN seperti dalam projek Vale di Teluk Rubiah.
Dalam kes Vale, Nizar mempermodalkan isu berkenaan selama tiga tahun sejak 2009 sehinggalah akhirnya terdedah bagaimana pemilihan Teluk Rubiah turut mendapat sokongannya. Dia mendakwa projek pengagihan bijih besi itu merosak alam sekitar dan kerana itulah dia mencadangkan Tanjung Hantu. Betul ke?
Kisah sebenar ini terbongkar setelah Dr.Zambry yang menyahut cabaran Nizar (dan pembangkang) mendedahkan sepucuk surat yang ditulis Nizar kepada Vale bertarikh 17 Disember 2008.
Surat itu membuktikan Nizar bukan saja menyokong pemilihan Teluk Rubiah sebagai tapak kilang Vale, malahan berjanji untuk membantu proses “conversion” tanah dari pelancongan ke perindastrian. Selepas kantoi, Nizar mendakwa pula pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai kanan tentera meminta mereka melakukan rampasan kuasa jika BN tewas dalam PRU ke13 kelak.
Pihak tentera secara sepakat mengeluarkan kenyataan dengan menafikan pertemuan dengan Perdana Menteri berhubung perkara tersebut. Sekali lagi kantoi dan kini pihak polis hampir menyiapkan laporan setelah mereka memanggil Nizar baru-baru ini memberi keterangan.
Mengikut amalan biasa, lazimnya sebaik siasatan selesai, “file kes” akan dihantar ke pihak pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. Kita tunggu kes ni pula . . . .apakah tuduhan yang bakal dikenakan terhadap mantan MB Perak itu.
Dalam dua kes yang dilihat kes berat itu, Nizar bolehlah kita anggap macam seekor tupai (peribahasa). . .Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga ke tanah. Atau dalam hal ini tersungkur di halaman sendiri iaitu di DUNnya, Pasir Panjang. Kini pengundi-pengundi di sana tahu belangnya, begitu juga pengundi-pengundi bagi kawasan parlimen Bukit Gantang yang jarang-jarang dapat bertemunya, juga dah kenal perwatakan wakil rakyat mereka.
Walau bagaimanapun kita kira kritikan terhadap kerajaan ataupun orang politik adalah wajar kerana Nizar selain wakil rakyat adalah juga ex-MB Perak—orang politik macamnya memang suka main politik. Tetapi kali ini ada sedikit kelainan kerana nampaknya komen beliau diulas Tengku Mahkota Johor. Ia membabitkan tuduhan Nizar terhadap ayahnda baginda yang juga Sultan Johor.
Nah, seperti bertemu buku dengan ruas.
Niatnya mungkin nak jadi hero rakyat Perak (atau wira ataupun hero macam dalam filem hindi) tetapi telah tersalah sasaran. Hinggakan dalam sidang media di pejabatnya selepas mesyuarat EXCO hari ini (Rabu) Dr.Zambry terpanggil bercakap bab Nizar nak jadi hero ni.
Sebelum itu Nizar selain mengkritikian Sultan Johor, beliau juga mempersendakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Kita petik semula tweetnya:”but if comparing 24million diamond ring by rosmah, then rm520k 4 www1 reg plate is nothing but how does 1 justify that purchase?
Siapa yang baca tweetnya atau mereka yang membaca laporan media Rabu mengenai komennya, tentu faham siapa yang menjadi sasarannya walaupun Nizar sekali lagi berdolak dalih. Biarlah dia berdolak dalih kerana laporan polis hingga kini sudahpun dibuat oleh orang-orang di Johor serta juga di tempat lain mengenai kes ini.
Pihak polis tahulah nak buat kerja tanpa perlu kita asak mereka dengan pertanyaan demi pertanyaan. Bukan begitu?
Berbalik kepada cerita Nizar yang bikin kontroversi lagi.
Kalau selama ini komen-komennya yang tak bertapis itu dibuat di pentas ceramah ataupun dalam sedang media tapi kali ini, dalam kes terbaru komennya dibuat melalui twitter.
Nizar mahu memanfaat teknologi canggih dengan menggunakan twitter bagi menyampaikkan maklumat kerana dia sedar pengaruh laman sosial seperti twitter mampu menarik perhatian orang ramai. Dan sekaligus ia boleh menjana kontroversi berbanding pentas politik yang hanya dihadiri beberapa kerat saja.
Mungkin dah letih kut berceramah di pentas-pentas sehingga memilih pula saluran laman sosial yang macam ni.
Macam kita sebut di awal tadi, barangkali juga Nizar mahu menjadi hero rakyat dengan cuba menyelongkar “tong tong sampah” bagi mencari salah silap mereka yang menjadi musuh politiknya.
Jika sasaran kritikan Nizar orang politik, ia bukanlah suatu yang menghairankan.
Bila diajukan soalan ini, Dr.Zambry berkata “Orang Johor bertanya saya dengan kenyataan Nizar ni . . .itulah beliau (Nizar).
“Saya difahamkan dia telah memohon maaf secara umum, katanya dia tidak mengkhususkan kepada sesiapa tapi kenyataan dalam twitsnya itu jelas
menunjukkan dia merujuk kepada Johor.
“Dan saya yakin dia tahu siapa di Johor tu . . .dan inilah characternya. Dia tidak kira sama ada dia perlu biadap ke, perlu buat tuduhan serkap jarang ke, hentam keromo . . .kerana itu characternya.
“Character Nizar begitu. . . di Perak kita tahu, dalam sidang DUN berkali-kali . . . sebab itu kita sebutnya pembohong bersiri.
Menteri Besar memberi contoh: “dalam sidang DUN bila kita tanya balik, dia tak boleh jawab, dalam kes Vale umpamanya, kita tanya dan tunjuk surat (sebagai bukti), dia kata itu biasalah surat yang dihantar sebagai marketing exercise.
Menteri Besar menambah: ”Samalah juga jawapannya kepada Tuanku Sultan Johor iaitu dia kata dia tidak merujuk kepada sesiapa walhal dengan jelas dalam twitnya, semua orang tahu maknanya dia merujuk ayat dalam twitnya kepada Sultan Johor.
“Lepas tu dia minta maaf secara umum, katanya dia tidak merujuk kepada sesiapa.
“Itulah juga jawapan apabila saya tunjuk surat yang dia tandatangan . . . dia mati-mati kata dia tak “sign’ . . .apabila saya tunjuk surat dia kata itu (surat) macam surat dari pegawai pemasaran saja.
“Bayangkan . . .itulah Nizar. Dia akan terus berbohong dan bagi saya itu adalah tindakan biadap yang kalaupun nak membuat tuduhan ataupun nak membuat pendirian, sepatutnya dia menyemak fakta ini terlebih dulu.
“Kita tahu Nizar ni manusia yang tidak menyemak fakta . . .ikut sedap cakap, ikut apa yang terlintas dalam fikirannya.
“Samalah kenyataan yang dibuat mengenai tentera iaitu mendakwa Perdana Menteri menemui pihak tentera meminta mereka melakukan rampasan kuasa jika BN tewas dalam pilihanraya.
“Dia tidak fikir dia hanya memungut maklumat di tepi-tepi jalan yang mana ikut sedapnya,ikut amarahnya,emosinya . . .apa yang boleh dia gunakan untuk membelasah maka dia akan gunakan .
“Samalah dalam hal ini. Dia rasa dia akan mendapat dokongan tetapi tindakannya itu nyata sekali satu perbuatan yang sangat biadap. . . .tidak membuat kajian, tidak menyelidik, ikut sedapnya.
Menjawab soalan, Dr.Zambry berkata “saya tidak fikir begitu ( cukup ke dengan memohon maaf). . .kalau kita lihat perilakunya ini ia bukanlah merupakan satu perkara yang mengejutkan, macam mana dia bertindak dalam sidang DUN . . .
Sambil bertanya “boleh kita pakai ke (kenyataan Nizar)” Menteri Besar berkata . . .macam mana dia boleh rempoh masuk dalam ceramah UMNO. Bayangkan kalau ada orang tumbuknya . . .itu yang dia nak.
“Boleh pakai ke jenis manusia macam ni.
Mengenai Nizar perlu mengadap Sultan Johor bagi menyembah maaf, Menteri Besar berkata “jenis dia ni . . . .dia peduli apa. Ini manusia macam tak makan saman . . .ikut sedap saja.
“Apa yang dia nak sebut, dia sebut la”.
Mengenai blog-blog menyokongnya, Dr.Zambry berkata “itulah. . .dia tahu mereka sokongnya, akan ada orang yang beri sokongan padanya dan dia rasakan walaupun ada orang menyokongnya ini tidak bermakna apa yang dia cakap itu merupakan satu kebenaran.
“Itu hak bagi ke bawah duli tuanku Sultan Johor . . .masalahnya you (Nizar) menggambarkan seolah-olah wang itu digunakan wang rakyat, diambil wang rakyat.
“Kalau kita ikuti apa yang dia twitnya itu, seolah-olah menggambarkan bahawa wang itu adalah wang rakyat yang tidak sepatut digunakan membeli nombor plet www1 dengan harga rm520,000.
“Digambarkan begitu sedangkan ini adalah wang tuanku . . .bukan wang gaji bagindapun.
“Bahkan gaji baginda dimasukan ke dalam yayasan yang ditubuhkan khas….
Dr.Zambry berkata “Kalau nak menegurpun biarlah ada gayanya . . .ini bukan menegur tapi memfitnah.Bagi saya bukan soal menegur . . .it is nothing to do with menegur….ia memfitnah dan you tolong menaburkan kemarahan . . .itu saja.
“Hari ini kalau dia berani sangat tak perlulah minta maaf. Tapi minta maaf jugak. (MB kata dia tengok dalam sinar harian kenyataan Nizar).
“Bagi orang Perak saya nak beritahu itulah rupanya Nizar ni. Seolah-olah hero yang hebat . . .itu bagi saya bukanlah hero yang hebat tapi pemfitnah yang hebat.
Beliau menasihatkan Nizar supaya menyemak maklumat terlebih dulu sebelum membuat komen.
“Dan Tengku Mahkota Johor sudahpun membuat kenyataan bahawa tidak ada satu senpun dari wang kerajaan digunakan.
Saya tak faham mengapa orang impress dengan orang macam ini (Nizar) . . . .kita tak berani nak berbohong macam tu” katanya. Sumber AD.