Siapa sangka, PM kita, Dato Seri Najib Razak mengupload Video bertajuk "Inilah Barisan Kita" di laman facebook milik beliau. PM kita secara langsung meniup Semangat kepada Perwira kita yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan Negara kita di Lahad Datu.
MyMassa masukkan lirik dan video tersebut untuk sama-sama kita dengar dan rasakan semangat itu sendiri sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti





1 comments:
Teringat masa masih bersekolah rendah pada tahun 60'an, lagu ini akan dinyanyikan semasa perhimpunan murid dan kami nyanyi pun dengan penuh semangat
Catat Ulasan